Betapa
payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika,
Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk
mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila
beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk
dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu
Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar
sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail,
jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat
Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin
kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail
turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan
mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun
jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas
namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah
kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu
diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke
hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau
yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan
kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana
bimbang dibenci oleh uma manusia.
Lalu Allah
berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang
mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu
bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG
BAGAIMANA DIJADIKAN?
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
- Tanah Bukit Tursina
- Tanah Iraq
- Tanah Aden
- Tanah Al-Kautsar
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
- Tanah Paris
- Tanah Khurasan
- Tanah Babylon
- Tanah India
- Tanah syurga
- Tanah Tha’if
Kata Ibnu
Abbas :
1. Kepala
Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah
tempatnya akal.
2.
Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat
menerima nasihat.
3. Dahinya
dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya
dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya
dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya
dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan
kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama
manusia.
8. Tangan
kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya
dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan
untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.
Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua
kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya
dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan
dan sebagainya.
13. Lidahnya
dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan
kepada Tuhan.
Bagaimanakah
prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri
air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman
“Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam”
adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan
dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan
dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air
“Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi
tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk
kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia
berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah
menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak
mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,
sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.
Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna
kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada
kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya
hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang
di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di
kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah
liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang
dubur.
Dijadikan
pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat
penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu
masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan
kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah
otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian
terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik
kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya
masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang
sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh
sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah
Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama
kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya:
“semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin
menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya
sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba
saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah
keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak
sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu,
suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di
bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka
seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke
seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang,
urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian
bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,
maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup
cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan.
Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu
diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang
ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha
Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian.
Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”
Allahuallam
http://johneox.wordpress.com/fitrah-kejadian-manusia-mengikut-al-quran/





infonya sangat menarik
BalasHapusditunggu posting posting selanjutnya........
infonya menarik
BalasHapusblognya bagus
BalasHapusthanks infonya..
BalasHapusgood post (y)
BalasHapusoke,,kmnt blik y
BalasHapushttp://gopung321.blogspot.com/2013/10/bangsa-lemuria-bangsa-yang-hilang.html
http://gopung321.blogspot.com/2013/09/gopung-liverpudlian-pendidikan-karakter.html
terimakasih atas infonya..
BalasHapusjangan lupa komen balik yaa...di posting ke 3,4 & 5
ini alamat saya enaramaating.blogspot.com
::‧(◦ˆ ⌣ ˆ◦)::‧(y)
BalasHapusSi!!!
info nya bermanfaat
BalasHapustrima ksih
bgus infonya..
BalasHapuscoment balik ayunovitaxia3.blogspot.com
postingnya keren
BalasHapusbgs...
BalasHapussiippp kerenn,gambar nya juga lucu,cerita nya sangat menarik
BalasHapusbagus teman coment balik revaenalia.blogspot.com
BalasHapusinfonya sangat bagus untuk dibaca..tetapi sejarah terjadinya manusia masih kurang lengkap,kan itu baru menurut islam kalau menurut ilmu sejarah itu kan berbeda beda,ada yang menyebutkan kita berasal dari kera dan lain lain.....tapi itu menurut hanya pendapat saya loo...:D
BalasHapussiiip post,,,
BalasHapuscomment balik y tutikkharismayanti.blogspot.com
postingnya sip (y)
BalasHapusComment balik donk :D
http://fatmalla.blogspot.com/
sippp,,,komen postingan pertama ku ya di http://komangarinanda212.blogspot.com/2013/09/negara-dengan-kualitas-pendidikan.html#comment-form
BalasHapusok.
postingnya sangat bermanfaat,,saya jadi mengerti tentang asal usul manusia yang semula nya saya tidak mengerti menjadi mengerti
BalasHapuspost nya sangat brmanfaat dan bagus banget
BalasHapus